♥ erti persahabatan ♥


ahlan wasahlan....wamarhaban bikum..:) hye semua ..iffah nak cerita tentang sahabat..dak laa tadi iffah online facebook iffah hehe pastu iffah check list  friend request tuu..pastu iffah tekan dekat friend request "one"..owh kak syazana rupa2nya..pastu iffah usha2 la dia punya wall kan..pastu iffah ternampak satu video nie..pastu iffah teringin nak tengok kan pastu iffah tekanla kat video tuu nee...♥..taw takk video tuu form 4 tahun nie buat dekat seorang akhi nie yang nak pergi ke MTD dah..sedeh video tuu mereka kehilangan orang yang rapat dengan diorang huhuhu...orang bertuah tuu namanya Abdul Muhaimin bertuah betul dia ada kawan2 yang ingat kat dya selalu huhuhu..



oh yaa..nie iffah nak share tentang entry tentang sahabat okey :)

ini tentang SAHABA
“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :“SAHABAT”.

P/S  : Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.

                                        


THAT'S ALL...GENG ANYWAY IFFAH XKAN LUPA PUNYA YAN IFFAH NK TAYANGKAN VIDEO YANG IFFAH TENGOK TADI TUU TERBAEK

VIDEO ni akhi2 & ukhti sekolah iffah yang buatkan untuk sahabat diorang ..enjoy
♥credit to:kak syazana
 


                      


tq read comment here plisz

ya Allah ..ukhuwah fi sabilillah




Ya Allah..ana rasa gemnira sangata pada tahun yang mulia ini kerana ana dapat rasa ukhuwwah yang terjalin antara kami pelajar form 2 ASPURI SMKA AL-IRSHAD..ya alhamdulillah..adik2 form1 ana pun baik2 n friendly belaka ana gembira sangat sebab pelajaran form 2 pun best2 dan senang nak paham...ana nak cerita tentang sahabat tapi ana tukar jaaaa laa cerita itu ya..ana nak tukar ke hal2 yang lebih perlu kita titik beratkan dalam Islam ini tajuk tentang kita remaja Islam..muslimah Islam..memang ana ada masalah dalam persahabatan ana dengan kawan rapat(sem 1) ana tapi ana tak bersedia lagi nak kongsikannya..oke


dengarkan lagu ini taw khas ntuk semua muslimin dan muslimat..insya-ALLAH








untuk pengetahuan muslimin dan muslimat sekalian laa kan..hari ni iffah nak cakap  tentang tuuut sat2 ..dengarkan dialog di bawah okeey..




Ukhti : saya tidak layak untuk awak.
Akhi : Kenapa?
Ukhti : awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…
Akhi : saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?
Ukhti: awak pintar, awak ada banyak peminat.
Akhi : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.
Ukhti : saya juga tidak dalam ilmu agama.
Akhi : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.
Ukhti : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…
Akhi : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.
Ukhti : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.
Akhi : Perbezaan membuat kita lengkap.
Ukhti : Awak terlalu sempurna.
Akhi : Belum. Akan sempurna jika awak ada.
Ukhti : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.
Akhi : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?
Ukhti : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.



“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadis riwayat Tirmidzi ).
Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda:
“Barang siapa menikah wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barang siapa menikah kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah kerendahan.
Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana inigin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri tersebut”



oh ya iffah nak kongsikan lagi satu videa..okey pndapat ana laa...dakwah perlu ikut zaman ya..zaman remaja kini rasanya memang berkesan juga cara ini..oh ya,iffah harap orng malaysia bleyh buat mcm depa gk



assalamualaikum dan ambiklah iktibar yaa..insya-ALLAH...:) ~iffah khalilah~

lagi satu video untuk sahabat2 ana

















tq read comment here plisz