cinta?











Apakah erti cinta ? Cinta pada definisi saya ialah perasaan suka dan sayang terhadap sesuatu sepenuh jiwa tidak kira benda hidup atau tidak. Jadi, isu kali ini yang saya ingin bincangkan ialah mengenai ..
CINTA.

Ramai yang menyangka ( agaknya ) post kali ini post yang jiwang ! Saya sudah sedia maklum. Tidak mengapa, saya ingin berkongsi kisah cinta saya. Bagaimana ? Anda setuju ?

KISAH PERTAMA
Ketika itu saya sedang menikmati Drumstick. Memang nikmat ! Tanpa saya sedari, ada seorang lelaki terbatuk-batuk di belakang. Sunyi. Saya gugup melihat situasi ini. Masya-Allah, cuma Allah sahaja yang tahu. Saya berasa tidak keruan memandangkan saya bersendirian di tepi pondok bas itu. Aduh, bagaimana ini ? Saya memandang sekilas wajahnya. Subhana-Allah ! Sungguh kacak lagaknya ! Saya sedikit terpukau, namun segera ditundukkan muka. Astaghfirullah .. Dosa kecil ..

Okey, sekadar itu. Tetapi saya tidak pernah menunggu bas ! Kisah ini sekadar rekaan.
Baiklah, apakah rasa cinta anda sekarang ? Cinta atau SUKA ? Pelajar sekarang kebanyakannya sekadar suka-suka bukan suka. Saya juga menganalisis beberapa kawan saya yang sedang kemaruk cinta. Hasilnya, mereka diselaputi nafsu yang tidak terperi.

Cuba anda bayangkan, seorang gadis sanggup berkeliaran ke sana-sini semata-mata mendapatkan nombor telefon si jejaka ! Masya-Allah, cinta yang amat kronik ! Ada juga cinta perasan. Maksudnya, si gadis/ perjaka menyukai si perjaka/ gadis sampai tahap maksimum. Tapi, si dia langsung tidak tahu-menahu, siapakah peminat misterinya ?

Saya akui, fitrah manusia ingin dicintai dan mencintai. Ramai sahibah saya yang jatuh cinta. Cinta monyet ! Anda bayangkan seusia 13 tahun, sudah memiliki 'pasangan' sendiri. Siapa rasa perkara itu tidak pelik ? Cinta monyet banyak mengubah perilaku pemuda-pemudi abad ini. Al-maklum, perbagai inisiatif lain untuk bercinta sudah muncul. Facebook, Myspace, Tagged, Twitter, Friendster .. Di sinilah 'dosa ghaib' dilakukan oleh kita dimana kita tidak menyedari kita sedang melakukan dosa !

Astaghfirullah, cinta antara manusia bukan mahram cumalah fantasi dan rekaan. Tidak ada matlamat yang boleh menghalalkan cara. Anda ber'couple' sekalipun, Islam tetap kata perkara itu HARAM ! Saya teringat satu ceramah yang membawa isi lebih kurang sebegini :

"Sejak kita lahir, kita sudah diciptakan bidadari/ bidadara untuk diri kita. Bidadari/bidadara tersebut akan melihat perkembangan kita dari semasa ke semasa. Apabila kita berkahwin, bidadari/bidarara tersebut akan terus memantau kita. Apabila kita membuat kesalahan, bidadari/bidadara tersebut akan menangis dan merajuk !Jika isteri/suami kita memarahi kita dan kita bersabar dengan marah itu, bidadari/bidadara tersebut akan berkata,"Celakalah kamu, wahai perempuan/ lelaki !" kearah isteri/suami kita. Apabila kita tiada kelak di dunia, bidadari/bidadara tersebut akan mengikuti kita masuk ke dalam syurga."

Masya-Allah, siapa yang tidak mahu ?

Pernah sekali, saya 'ter'jatuh cinta terhadap seorang lelaki ini. Luhur pekerti dan bait bicaranya lembut sekali. Hati saya betul-betul tertambat. Tetapi Alhamdulillah, semasa saya sedang mendirikan solat sunat dua rakaat, hati saya terus melupakan si lelaki tadi saat itu juga. Saya tiba-tiba berasa sangat seronok semasa solat, hingga begitu lama saya sujud. Begitu banyak yang saya luahkan kepada-Nya sewaktu sujud terakhir dan habis terlupa saya terhadap lelaki tadi. Betapa kasihnya Dia kepada kita hingga sanggup melupuskan rasa cinta kita yang berpegang ke arah nafus semata.




Cinta itu tidak buta sebenarnya, tetapi TIDAK MELIHAT. Lihat sahaja, jika cinta kita berlandaskan nafsu syahwat, maka cinta kita sia-sia dan rugi belaka. Namun bagaimana jika kita berlandaskan sunnah ar-Rasul dan al-Quran ?

Cinta kita akan kekal hingga ke akhirat lantas dibawa masuk ke syurga Firdausi, Insya-Allah. Kesimpulannya, bercintalah setelah kita nikah. Jangan biarkan hati kita tercemar sebelum kahwin, tetapi biarlah cinta kita diberi kepada suami kita kelak. Biar hati kita masih belum terusik dan disentuh oleh bukan mahram yang lain, sesuai untuk diberikan kepada suami kita hati yang suci dan bersih.

Bagaimana, seronok kisah cinta saya ?





credit 2 iffah rezali..kawan ana
tq read comment here plisz

No comments: